🪷 Bijaksana

SEMOGA AKU SENANTIASA BERSYUKUR

Puisi JN

Aku sering berdoa memohon segala kebaikan dalam menjalani setiap detik jalan hidup ku.. Tapi! aku sering gagal... Mungkin Allah, mahu mendidik.. hati ini agar aku selalu tabah!... Aku sering berdoa agar di beri kebijaksanaan dalam memberi keputusan dalam semua hal tapi aku kecundang.. Mungkin Allah.. mahu menguji sejauh mana otak ini berfikir.. Aku sering ingin kan keberanian.. tapi Allah memberikan amarah bahaya Aku berdoa di pertemukan Cinta dan Allah pertemukan aku dengan orang yang salah.. Mungkin Allah, mahu aku sentiasa berhati-hati dalam mencari cinta sejati aku ingin nikmat-nikmat tapi Allah memberikan aku peluang-peluang.. Mungkin Allah, mahu aku berdikari mengunakan tulang empat kerat ku.. Lalu ku berdoa.. Ya Allah... Tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami mengikuti yang benar. Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar dan permudahkan kami meninggalkannya... .. Semoga Aku Sentiasa Bersyukur.. Pada Mu Allah!.. Amin. JN.

Puisi Lainnya

HEBATNYA CINTA BANYAK DUGAAN Puisi JN HANYA PADA MU KU BERMOHON Puisi JN IKLAS KASIHMU TERPANCAR DARI MATAMU Puisi JN