🪷 Bijaksana

RAMADHAN DUA ZAMAN

Oleh The Zikr

Ramadhan satu nasib tak serupa Peluangnya sama natijah berbeza Ramadhan mereka gembira cemerlang Mukmin berjasa diawal zaman Ramadhan kami malam terbuang Muslim berdosa di akhir zaman Mereka gembira kerana kedatangan mu Kami gembira dengan pemergian mu Malam mereka meriah disimbah nur al-quran Tapi malam kami muram bertemukan mu Mereka berlumba mengejar makrifat Tapi kami lesu diburu nafsu Hati mereka bercahaya digilap takwa Jiwa kami gelap didera dosa Takbir mereka takbir kemenangan Hadiah mujahadah sebulan ramadhan Takbir kami lesu tak bermaya Tanda kalah lemah tak berdaya Puasa sekadar lapar dan dahaga ---- No. Urut : 3377 Tanggal Kirim : 26/07/2014 22:18:12