🪷 Bijaksana

MENGINTIP REALITA KEHIDUPAN

Oleh Bermas Anak Damit

Desawarsa ini Pelbagai kisah banyak cerita yang aku dengari Rentetan hidup yang tiada penghujung Mengheret manusia kepada dosa. Di suatu sudut Aku bersembunyi di sebalik tabir Mengintip seorang pemimpin kita Menurunkan parap penuh gaya Dek kerana mengejar harta Di sebalik kuntuman mawar putih Aku melihat seorang insan Hatinya memaparkan ketulusan Membantu yang merana di saat derita Hadirnya menyinari hidup si Polandan membawa kepada bahagia Di hadapan pentas mayapada Aku berdiri sambil menikmati Hidangan teater yang tiada berbayar Menonton lakonan seorang manusia Di pandangan ibu bak malaikat Di belakang ayah bak syaitan Betapa hebatnya drama itu Sehingga aku pun tertipu Ah hidup! Penuh dengan seribu adegan Dengan wataknya yang berbeza Ditambah pula dengan manisnya kata-kata.