MAAF
Oleh Fizi Mohd
Maaf,
Kerna dulu aku tidak menghargai,
Betapa dekat dirimu dan hati ini,
Kerna aku tidak tahu ianya bererti,
Namun dari situ aku pelajari,
Makna berdikari dan erti pengorbanan iniMaaf,
Bilamana dulu sewaktu kau pergihati ini pernah mati,
Apabila khabaran itu aku dengariku amati dan aku fahami,
Mengapa dulu harus ku biarkan semua ini terjadi pada hari ini,
Kerana aku tau kau bertindak menjaga hatiMaaf,
Kiranya aku kembali ini mengundang hina dan keji,
Tapi niatku tidaklah lain dari meneliti dari apa yang terjadi
Janjimu dulu akan sentiasa bahgia
Janjimu dulu takkan sakit hati
Janjimu dulu takkan sedih dan sepi
Namun kini semua itu yang kau alamiMaaf,
Andai coretan ini mengguris hatiMaaf,
Andai coretan ini tidak disenangi
Kerna hanya aku yang mengeri
Apa yang terkandung dalam hati mu saban hari...
Dan untuk kali ini izinkan aku berdiri disisi
Berikan aku tanda yang menyenangkan hati
Luahkanlah apa yang dikehendaki
Ceritakanlah apa yang sering terjadi
Agar dapat aku menjadi orang yang kau hargai
Biar tenang kiranya tiba masa untuk ku pergi nanti...