🪷 Bijaksana

LUAHAN LEWAT PUISI SEPIKU

Puisi JN.

Bismillahirrahmanirrahim.. ku tulis tiap kata pada maknanya puisi ku sembahkan meluahkan rasa pada tiap hamparan .. Puisi ku cipta kadang ilusi kadang realiti ku lontar kan apa jua di minda ku luahkan rasa rindu ku pada dia yang ku rindui.. selalu jua ku terbuai rindu padanya. eemm! ku cipta kata penuh indah pada dia yang ku cintai kata yang hadir dari jiwa yang mencintai.. semoga dia merasakan luahan ku. semoga ya! Puisi jua ku garap meluahkan tentang kehidupan di sekeliling ku yang penuh segala ranjau suka duka tentang hidup yang penuh misteri.. Dan walaupun puisi ku sepi jangan di anggap sepi tiap maksud yang tersingkap di dalamnya.. kerana, Tiap doa mohon keredahan dari yang Esa ku sembahkan pada teman lewat dari menghayati bait-bait kata yang terlontar agar ada rasa kesyukuran di hati padanya.. Allah yang satu! Walau, dari puisi ku yang tak .. seindah bahasa tak.. seindah lafaz dan tak.. seindah ungkapan biarlah. ia hanya sebuah, Luahan Lewat Puisi Sepi Ku!.. kerana Aku Tetap Aku!

Puisi Lainnya

SEMOGA AKU AKAN SETIA PADAMU Puisi JN. DESEMBERKU NANTI TANPA CINTA DIHATI Puisi JN. CINTA SUDAH MEMBEKU DIHATIMU Puisi JN.