🪷 Bijaksana

KESALAHANKU

Puisi Eiman Amani

Seandainya takdir yang sedang kita lewati ini Boleh di undurkan kembali…. Aku akan minta agar kita tidak di perjodohkan. Namun ia telah tersurat… Dan aku mulai ikhlas menerima kamu Dengan apa adanya kamu Ketika hati sendiri berbicara Aku mulai sedar… yang aku tidak layak menjadi sebahagian dalam hidup mu merasai bahagia bersamamu… kerana… akulah lelaki yang tidak bisa kau cintai.. akulah lelaki yang tidak perlu kau hormati akulah lelaki yang selalu menyakiti hati aku terlalu….terlalu pentingkan diri sendiri sehingga rezeki yang kamu miliki aku dayus merampasnya.. Pernah satu saat aku sering menyiksa jiwa ragamu Kini pun kau sentiasa dibelenggu oleh aku Tiada sedikit pun sesal dalam hati ini Hanya penuh ego aku menindas kamu Ibarat api ditambah minyaknya Tiada kesudahan yang damai Bila semuanya itu  telah reda Dan akal pun bijak bertanya waras Jauh disudut hati aku bersalah Dan kecewa dengan sikapku Sedih hanya sendirian Melihat kamu, aku malu Entah mengapa aku sebegini Sedangkan bertahun bercinta Tidak secubit pun aku berani Perlaku kamu seperti hari ini Sayang… maafkan aku atas semua keterlanjuran ini Hukumlah aku kiranya kamu mahu Aku relakan sesungguhnya aku yang tidak sedar diri Tidak pula menghargai kamu seperti nyawa ku sendiri Sayang…doakanlah ke hadrat illahi… Agar aku mati sebelum kamu Agar kamu lebih selesa menikmati hidup ini… Eiman Amani / papermen15@yahoo com / malaysia / 017 3526162