🪷 Bijaksana

BILA HATI BERBICARA

Oleh Nadya Dilis

Jantungku berdegup perlahan Membawa kebuntuan dan kebencian Benci kerana segalanya masih igauan Mimpi tak henti, tangis bercucuran Kekasihku yang menduga Sampai bila luka ini dibiar terbuka Pedihnya membuat aku sengara Semakin kuat jeritan hati yang berduka Kekasihku yang menduga Tidak perlu aku menambah luka Berharap pada sesuatu yang sudah tiada Barangkali pergi kerana berputus asa Aku tidak penat menyayangi Aku tidak sesal mencintai Aku tidak berdendam mahupun makan hati Aku hanya kecewa hati ini dibelakangi Kekasihku yang setia Andai tiada suka dalam duka Andai tiada gantian setelah kecewa Sulit buatku untuk kembali bahagia…

Puisi Lainnya

TEMBOK TERBINA Oleh Nadya Dilis